Monday, 9 August 2010

Ramadhan Datang Lagi


www.iluvislam.com
Dihantar oleh: epid
Editor: cincaugoreng

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Friday, 23 July 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ('',)


Kepada semua pengunjung blog peringatan bagi yang lalai, sempena ketibaan bulan ramadhan al-Mubarak yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua dengan kebaikan dan keberkatan yang banyak, saya mengucapkan كل عام وأنتم بخير (setiap tahun kamu semua dalam kebaikan yang banyak) Ahlan Wasahlan Ramadhan Karim (Selamat datang Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan) InsyaAllah blog ini akan memaparkan beberapa artikel berkaitan Ramadhan dan Puasa di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak nanti.

Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia nanti marilah sama-sama kita mempersiapkan diri untuk meningkatkan amalan kepada Allah s.w.t, bersedialah dari awal untuk menyambut Ramadhan, jangan hanya tahu Ramadhan pada malam diistiharkan oleh mohor raja-raja sahaja,Jadilah seorang insan yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dengan sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t.Ramai di kalangan kita yang menyambut Ramadhan dengan menyediakan pelbagai menu lazat untuk hidangan berbuka dan bersahur, sedangkan bulan Ramadhan adalah bulan berpuasa bukan bulan berpesta makan, kita bersiap sedia untuk menjamu nafsu dengan sekenyang-kenyangnya tapi tidak bersedia untuk menjamu roh dengan amalan-amalan yang soleh. Allah s.w.t memfardukan puasa di bulan ini untuk melahirkan taqwa.


Firman Allah s.w.t: al-Baqarah :183
(يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)

Maksudnya:
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Bulan Ramadhan adalan musim bunga kepada orang Islam, kerana ia memperbaharui seluruh kehidupan manusia, memperbaharui akal dan ilmu, bulan Ramadhan adalah bulan mempertingkatkan ilmu, mempertingkat bacaan al-quran, melakukan qiyamullail dan sebagainya,padanya dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka maka perbanyakkan amal soleh dan kurangkan maksiat serta banyakkanlah bersedekah.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya sampai kepada Ramadhan al-mubarak, begitulah Allah s.w.t menjadikan pertukaran hari,minggu dan bulan sebagai persiapan untuk menyambut bulan yang penuh kebaikan dan keberkatan.Bulan Ramadhan bulan berkat,bulan sabar,bulan taubat,bulan rahmat,bulan keampunan,bulan kasih sayang Allah kepada hambanya,bulan doa,bulan dijanjikan pelepasan dari api neraka.

Ramadhan bulan kemenagan, kemenangan melawan syaitan,kemenangan melawan nafsu syahwat,kemenangan mengatasi maksiat.Oleh itu kewajipan kita ialah mempersiapkan diri dengan sebaik-baik persiapan dan merancang dengan sebaik-baik perancangan,bukan persediaan untuk makan,minum dan syahwat tetapi persediaan keimanan,dakwah,ilmu dan amalan-amalan terbaik yang boleh dipersembahkan kepada Allah s.w.t.

Janganlah kita termasuk dalam kumpulan manusia yang tidak ambil peduli dengan kehebatan Ramadhan,bagi mereka Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain,oleh itu mereka menyambut Ramadhan dengan melakukan maksiat dan dosa dan mereka keluar dari Ramadhan seperti mereka masuk ke dalam Ramadhan dengan berterusan melakukan maksiat dan dosa,itulah orang-orang yang lalai, jangan jadi orang yang lalai, jika kita manusia berdosa maka jadikan Ramadhan pada tahun ini sebagai titik tolak untuk bertaubat nasuha kepada Allah s.w.t.

Marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk merebut seberapa banyak peluang yang ada serta mengimarahkan setiap detik hari-hari Ramadhan dengan melakukan amal soleh,setiap detik Ramadhan jangan dibiarkan berlalu tanpa melakukan ketaatan, di waktu siang kita berpuasa,zikir dan tilawah al-Quran, di waktu malam kita solat sunat sambil mendengar bacaan imam,kita juga berazam akan meninggalkan segala dosa dan maksiat dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan tidak akan kembali melakukan dosa dan maksiat lagi,Ramadhan adalah bulan taubat kalau kita tidak bertaubat di dalamnya maka bila lagi kita akan bertaubat?


(( اللهم لك الحمد كله أنت أوجدتني ورزقتني وجعلتني مسلما،
اللهم سبحانك قد عصيتك بنعمتك، سبحانك خالفتك مع عظمتك
اللهم إن لم تغفر لي فمن يغفر لي؟ وإن لم ترحمني فمن يرحمني
اللهم لا رب لي سواك فأدعوك وأرجوك
اللهم أني عائد إليك تائبا فبرحمتك ومغفرتك ولطفك لا تردني، واقبلني يا من يقبل التوبة عن عبادة ويعفو عن السيئات
اللهم مهما عظمت ذنوبي فرحمتك أعظم، ومهما كثرت خطاياي فأنت تغفر الذنوب جميعا.
اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا وإنه لايغفر الذنوب جميعا فاغفر لي مغفرة من عندك وارحمني إنك أنت الغفور الرحيم.
اللهم ردنا إليك ردا جميلا .... برحمتك يا أرحم الراحمين.))

Ya Allah ! bagimu segala kepujian, engkau telah menciptaku,memberi rezeki kepadaku dan menjadikanku muslim.
Ya Allah ! mahasuci engkau,sesungguhnya aku telah menderhaka ke atas nikmatmu,mahasuci engkau,aku telah menentangmu sedangkan engkau tuhan yang maha agung.
Ya Allah ! jika engkau tidak mengampunkan dosaku, maka siapa pula yang akan mengampunkannya, jika engkau tidak mengasihiku, maka siapa pula yang akan mengasihiku.
Ya Allah ! tidak ada tuhan melainkan engkau, aku berdoa dan mengharap kepadaMu
Ya Allah ! sesungguhnya aku kembali bertaubat kepadaMu dengan mengharapkan rahmatMu,keampunaMu dan kelembutanMu yang tidak akan menolak permintaanku. Terimalah taubatku wahai tuhan penerima taubat !
Ya Allah ! walau sebesar mana dosaku, rahmatMu lebih besar daripada itu. Sebanyak mana kesalahanku, engkau adalah yang maha pengampun.
Ya Allah ! sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diri sendiri dan tidak ada yang boleh mengampun kecuali engkau, maka kurniakanlah pengampunan dari sisiMu dan kasihanilah aku sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha pengasih.
Ya Allah ! kembalikan aku kepadaMu sebagai hamba yang terbaik, dengan rahmatMu wahai tuhan yang maha pengasih.

Wednesday, 21 July 2010

Selamat Berjuang


Dalam riak wajah ada pancaran dakwah. Dalam tutur bicara ada gema tarbiah. Dalam gerak langkah ada semangat mujahidah.

Kita lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara yang pilu, kita kuburkan langkah yang lesu.

Bangkitlah perjuangan!

Tatkala yang haq mendabik megah, dan kebatilan akur menyembah. ALLAH tahu kita pernah menyeka peluh dan air mata demi ISLAM tercinta"

TEGUHKAN KEIMANAN, TETAPKAN PENDIRIAN.
SEMOGA TERUS THABAT DALAM PERJUANGAN.
video

Tahukah Anda?


Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada rakan-rakan anda. Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri!

Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab. Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.

Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam. Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk!

Sunday, 7 February 2010

Arabic Language Society


Our visson:

~To establish arabic language in International Islamic College

Our Mission:

~To Manure the spirit of loving arabic language
~To Extenf the use of arabic language

Motto

~"Ponder,Agreement,Profesional"